expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 27 October 2012

hero gua ... :)


Assalamualaikum dan salam inspirasi … :)

Sudah lama gua tidak update blog…agak lama ya disitu..hahaha…
Ok…apa yang membuatkan gua terdetik untuk mengupdate blog kali ni setelah sekian lama terbiar adalah kerna tarikh 28 Oktober…hahahaha..
Ok direct terus…sebenarnya tarikh 28 Oktober ini adalah tarikh lahir bapa gua..
Jadi entry ni khas untuk beliau …jadi sebagai wakil anak2 MARJAN, di sini ingin gua ungkapkan dan sampaikan kata2 kepada beliau walaupun gua tahu beliau tidak akan membacanya…sebab beliau tidak mempunyai blog…hahaha…biarlah gua seorang sak baca..hahaha :)
Ehemm…ucapannya….

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK :

Bapaku yang tercinta, 
terima kasih telah membesarkanku sehingga ku tumbuh dewasa seperti saat ini. Bukan aku seorang, tapi untuk anak2mu yang seramai 10 orang yang semuanya pelbagai karenah dan perangai...tahniah di ucapkan kepada bapaku…hehe 

Bapaku yang tersayang, 
terima kasih atas do’a yang sering kau panjatkan untuk kami semua  ini. Hinggakan aku rasa tenang dan damai selalu…tahniah sekali lagi ..hehe

Bapaku yang termanis,
 terima kasih atas kasih sayangmu selama ini kepada kami adik beradik...tahniah kepada HERO kami ni… 

Bapaku yang terhebat
terima kasih atas kerja kerasmu selama ini sehingga mampu menafkahi anak2mu yang ramai ni...kerja kerasmu selama ni membuatkan tangan mu juga menjadi keras..dan tangan itulah yang kami adik beradik ini ingin kucup dan salam..huhu..sedih la plak… 

Bapaku yang tiada duanya di dunia ini, 
terima kasih atas semua yang telah engkau berikan kepada kami... 

Semoga di hari bahagia ini, semua yang di impikan dapat di wujudkan. 
Semoga di hari yang indah ini, bapa tetap sihat dan dapat selalu beribadah kepada Sang Pencipta. 
Dan semoga di hari yang hanya ada sekali di setiap tahun ini, dapat membuat bapa selalu sayang kepada anak-anak mu yang manis dan comel2 ini. Kami sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan untuk mu hero kami…
Dan kepada heroin bapa gua (mak gua) jagakan lah untuk kami hero kami ini sementara kami masih lagi berada diperantauan ini… 
:):):):):):):):):):)
*10 smileys sama dengan 10 anak2 marjan…. 

Hahaha…ok cukup…setakat itu saja…opsss…sebelum itu, umur bapa gua sekarang sudah setengah abad tambah 3 tahun bersamaan 5 dekad tambah 3 tahun bersamaan 53 tahun…hahaha…maaf jika ada yang terguris dan tidak senang hati membaca entry gua ini…harap dimaafkan… :)

sama2 lah kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan kedua2 ibubapa kita.. :)




3 comments:

  1. wah..mari buat sajak..gua tabikkk!! hehe

    ReplyDelete
  2. Eh eh nape ak lambat sedar ada entry ni??

    terbaekkk la.. :D

    ReplyDelete